

Sinopsis Kau Untukku
Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.
Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.
Sinopsis Ombak Rindu
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian kedua-dua orang tuanya akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, bapa saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak bapa saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah Hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



Sinopsis Seindah Sakura
Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.
Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.
Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...
Sinopsis Setia Hujung Nyawa
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
Sinopsis Yang Indah Hanya Mimpi
Razif dan Norjinah - waktu mencemburui kebahagiaan mereka. Konflik rumah tangga yang membadai tidak pernah surut. Razif kecewa, Norjinah ada lelaki lain. Adakah kerana dia sudah tua, maka Norjinah beralih kasih pada yang muda? Kalau begitu… dia pun mampu pasang dua! Retak seribu hati Norjinah dituduh curang oleh si suami. Kasihnya pada lelaki kedua hanya sekadar lakonan, sedangkan di hatinya cuma ada satu nama. Razif! Tapi mengapa Razif sanggup menduakannya?
“Siapa yang cintakan Ji tak penting, bang. Siapa yang Ji cinta, itu yang penting.”
Norseha dan Badrul – hidup mereka terus berantakan. Norseha benci dengan kelahiran Lukman. Jangankan mahu pegang, pandang pun tak sudi. Hiba hati Badrul melihat Lukman seperti yatim piatu disisih ibu sendiri. Pada Norseha, Lukman anak yang tidak dikehendaki. Berkali-kali dia minta diceraikan. Tapi, Badrul bukan dayus. Kesabarannya semata-mata kerana Lukman.
“Aku sudah menghampakan dia hanya kerana mahu berkorban untuk Norseha. Sayangnya pengorbanan itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya. Apakah aku akan lebih dihargai apabila memilih Sharifah Yasmin?”

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tidak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kesalahan yang pernah dibuat pada saya."
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
Andai itu TakdirNYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.
"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Sinopsis Gelora Jiwa
Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!
Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.
Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana?
Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?

Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.
Sinopsis Takdir itu Milik Aku
Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.
Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.
Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?
Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.
Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!
Home


.jpg)

.jpg)
6 Pengomen Hebat :
cam best je..hehehe :)
Whoot2.. dalam bnyak2 novel dalam entry ni, Hana ada novel Andai itu takdirnya je. Haha. novel tu mmg best + sedih.
saya dah prnah bce 4 novel di ats .. andai itu tkdirnya , gelora jiwa , buatmu kekasih n adam dah hawa .. n i think the best novel is "andai itu takdirnya" . boleh mnangis wowww ~ :D
waaa awak update eh pasal novel. bgus2 saye jarang amek port pasal novel :)
wuih, keren artikel ini, blognya juga bagus..
Best cerite2 ni kan ? :)
Post a Comment