Novel : Lagenda budak setan 3 part 1

Saja test nak cerita cam ne lagenda budak setan 3 haha
yang katerina sungguh membosankan .. bosan teramat bosan
yang ketiga punya best .. dah habis dah baca


Nak baca sinopsis ? ni bawah 

Mereka ada cerita tersendiri yang bersalingkait membawa duri ke mana harus lari dari kemelut yang semakin ngeri. Segalanya semakin perit untuk dilalui Kasyah setelah pertunangannya terputus dengan Katerina. Hisyam berjaya menyunting Katerina sedangkan dia tak tahu semua itu sandiwara yang dirancang Katerina untuk membalas dendamnya. 

Kasyah pula melalui kehidupan dengan segala kepayahan sehinggalah Sofean sendiri meminta agar Kasyah menerima Katerina selepas dia yang memutuskan pertunangan itu. Itupun setelah Katerina murung selepas penceraiannya dengan Hisyam. Demi maruah, Kasyah menolak dan sengaja melamar Zahirah untuk menyakiti lagi hati Sofean. Malangnya Zahirah menolak kerana tak mahu melukakan hati Katerina sedangkan hakikatnya dia amat mencintai lelaki itu. Hisyam masih lagi menyimpan tekad untuk memenangi hati Katerina semula sehinggalah Jackie hadir dalam hidupnya. 

Zahirah yang menyesal menolak lamaran Kasyah itu akhirnya bertemu Shan yang mencintainya sepenuh jiwa. Mampukah mereka semua mengatasi kemelut cinta yang melanda jiwa masing-masing dan akan berakhirkah lagenda cinta ini dengan segala keindahan, ataupun sebaliknyA?

nak start part 1 dulu la
jap

PART 1


Pa kali ini papa janji untuk restukan hubungan Kate ..... will you ?''
Sofean angguk , senyum dan mengucup ubun kepala Katerina

Nik sofea mengetap bibir , terus berdiri dan berlalu .
Sengaja dihentak - hentakan kakinya memijak tangga kedengaran jelas

Katerina dan Sofean berpandangan

''Don't worry ... alaaa.. sekeras - keras nasi .. nanti okeylah 
mama kamu tu !'' Membelai rerambut  anaknya

Katerina jungkit bahu '' Lain macam sangat ... selalu .. mama tak
macam ni pun .. '' 

''Mama kamu tu kecewa sangat '' Dengar kamu nak
balik semula pada Kasyah  .. lagilah dia risau .. Dari dulu 
pun dia tak restukan kamu dengan dia

Dia lahirkan kamu Kate ! Dia tak mau kamu kecewa . Kamu tak tau
dulu keadaan mama kamu dulu  masa dia dapat tau Kasyah kawin . Bila dia tengok kamu kecewa teruk ! Dia terlalu marahkan lelaki yang mengecewakan anak
gadisnya ''

'' Tu kan cerita lama ''

'' Tapi luka hati seorang ibu akan kekal lama kalau anak
gadis kesayangannya dilukakan ! Parutnnya masih kekal 

''Papa tau kan ... semua tu bukan salah Kasyah !''


Perlahan Sofean mengangguk '' Papa tak salahkan mama kamu kalau dia
marah . Mungkin bukan marah .. 
dia takut .. dia tak mau kamu kecewa lagi ! Dia takut kamu dilukakan . Sebagai
seorang ibu ... dia tak sanggup tengok kamu terus - terusan kecewa . Dia terlalu
mencintai kamu , Kate ! Nantilah .. bila ada anak nanti ... kamu akan
tau !''

''Trust me pa ... Kasyah will make me happy ! ''
Angguk '' I know ! ''
'' Tell mama then ! ''
Give her time ! Lagipun kamu tu baru bercerai ....
pastinya dia tak mau tengok hidup kamu asyik aje 
bercerai - berai . Papa''

''Pa! Kate cerai ada sebab ... I want to teach Hisyam a lesson ! But I won 't do that
to Kasyah ! I love him ''

Sofean rangkul anak gadisnya itu , dipeluk erat ke dada '' Off course I trust you!
And I will always support you ! Marry him ... and I believe that he will make you
happy !''

''Mama ? ''

'' Percayalah ... di suatu pagi yang dingin nanti . hati mama kamu tu juga akan dingin ! Apatah lagi kelak , bila dia tengok cucu -cucunya yang comel '' Perlahan Sofean bisikkan
kata - kata itu  ke copeng telinga Katerina sambil penuh kasih 
'Jangan dilepaskan cinta kamu itu Kate .. not this time ... pasal
mama jangan kamu risau .. berikan dia cucu - cucu yang comel .... akan dinginlah hatinya nanti ! ''

Katerina mengetap bibir , tunduk merenung lantai . Dia tak mahu hubungan cintanyatidak direstui .  Apalah gunanya sebuah cinta yang tak diredai ibu . Dia mahu bahagia . tapi tak mahu melukakan hati perempuan melahirkannya . Perlahan diangkatnya kepala merenung
Sofean . Don't worry .. ala ... sekeras - keras kerak nasi nanti okeylah mama kamu tu ! '' Papa sure ke mama okey nanti ? '' 

Sofean senyum '' Give her time ! Tak ada ibu yang tak mahu anaknya bahagia ! Dulu pun
papa tentang hubungan kamu .. tapi ... masa telah menyedarkan papa bahawa cinta kamu
benar-benar ikhlas untuk Kasyah . And finaly .. I gave up ! Not just that ... papa merestui 
dan berusaha agar kamu dapat penuhi hasrat kamu itu ! Mama kamu tu kan
isteri papa , papa taulah isi hatinya!''

''Thanks pa!'' Penuh kasih dan sayang , dipeluknya lelaki itu seerat - eratnya , bagai tak mahu melepaskannya sampai bila-bila ... 


Part 2 nanti kalau ada mood  kalau tak ada mood beli la kat mph .. :)

2 Pengomen Hebat :

KHALID said...

nice entry, best jugak kekadang baca entry ala2 novel ni :)